Alhamdulillah Masjid dan Madrasah di Uganda Siap dan telah digunakan.

Syukur Alhamdulillah sejak Misi Kemanusiaan pertama 2024 di Kem Pelarian Sudan di Sempadan Uganda iaitu Kem Bidi Bidi, impian menjadi kenyataan apabila 2 buah Masjid dan 1 Buah Madrasah berjaya didirikan di Uganda.

Bukan itu sahaja, program dakwah, pendidikan dan pembangunan wanita turut dilaksanakan di masjid2 dan madrasah yang telah diwakafkan kepada umat islam di sana.

Sempena Idul Adha 1447 H ini saya ingin menjemput umat Islam untuk menyertai ibadah korban dengan harga yang amat berpatutan agar program2 pengimarahan Masjid dan menyantuni para muallaf di sana dapat diteruskan.