I-Reach Malaysia melancarkan Rayuan Misi Bantuan Musim Sejuk Gaza (November 2026-Februari 2027) sebagai usaha kemanusiaan untuk membantu meringankan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat krisis musim sejuk. Misi ini memberi tumpuan kepada penyediaan bantuan keperluan musim sejuk seperti pakaian tebal, selimut, khemah dan kelengkapan perlindungan kecemasan, di samping barangan keperluan asas serta bantuan kebersihan mengikut keperluan semasa komuniti terjejas.

Justeru, sokongan dan sumbangan daripada masyarakat amatlah diharapkan bagi menjayakan misi ini serta memastikan bantuan dapat disalurkan kepada keluarga yang paling memerlukan. Setiap sumbangan merupakan manifestasi solidariti, keprihatinan dan tanggungjawab kemanusiaan dalam membantu rakyat Palestin menghadapi musim sejuk yang semakin mencabar. Semoga usaha ini dapat memberikan perlindungan, kelegaan dan sinar harapan kepada mereka yang terus berjuang untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.