Edaran Makanan Panas Kepada Mangsa Gempa Turkiye – Syria
Makanan Panas panas siap untuk dimakan tiba pada mangsa GEMPA di lokasi yang paling terkesan khususnya di pekan pekan kecil dalam wilayah Kahramanmaras Turkiye yang berpopulasi hampir 700 ribu penduduk. Peruntukan bajet untuk makanan sebanyak RM20000 sehari tidak mencukupi dalam situasi suhu amat sejuk di bawah sifar dan dalam keadaan yang paling sukar iaitu mangsa yang tidak menjamah makanan dalam tempoh 72 jam sejak gempa terjadi.
Sukarelawan ireach dan rakan NGO di lapangan sukar melalui dan menebusi beberapa lokasi akibat runtuhan dan jalan yang musnah. Fasa pertama Misi bantuan kemanusiaan akan diteruskan setiap hari sehingga 5 Mac 2023. Sasaran dana ialah untuk sumbangan Makanan siap dimakan, kit hygiene, selimut dan pakaian adalah keperluan terdesak yang amat diperlukan