Projek Waqaf/Infaq Telaga Tiub
Projek Waqaf dan Infaq Telaga Tiub untuk Rohingya dan Dhuafat di Myanmar dan Bangladesh ini adalah inisiatif dari pihak iReach bertujuan untuk meringankan beban Etnik Rohingya dalam mencari sumber air bersih bagi menjalankan aktiviti seharian.
Status : Penyertaan masih dibuka
Tahun mula : 2017 – sekarang
Lokasi : Arakan, Myanmar & Cox Bazar, Bangladesh
Penerima Manfaat : Etnik Rohingya
Jenis Bantuan : Menyediakan pam telaga tiub untuk kegunaan masyarakat Rohingya supaya mereka mendapat bekalan sumber air yang bersih.
Sebanyak 1000 unit pam telaga tiub telah berjaya disiapkan di beberapa lokasi terpilih.
Dana yang disalurkan untuk projek ini digunakan untuk proses penggalian, pembinaan dan penyelenggaraan telaga tiub di kawasan yang di tetapkan.
Keseluruhan sumbangan dana terkumpul untuk projek ini berjumlah RM1.3 juta.