Bengkel Lanjutan Praktikal Kecemasan Bencana Dalam Norma Baharu
Alhamdulillah telah selesai Bengkel Lanjutan Praktikal Kecemasan Bencana Dalam Norma Baharu di Pejabat Pertahanan Awam Kota Bharu. Semoga bengkel ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan pengetahuan kepada para sukarelawan mengenai mekanisme pengurusan bencana dan juga teknik-teknik perawatan kecemasan seperti CPR dan asas melawan kebakaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pegawai APM yang terlibat serta para peserta yang telah menyertai bengkel praktikal khas ini. Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang